Thursday, June 21, 2012

Telah tamat perjanjian itu....

mama wrote:


papa.....
sejak menjadi isterimu... aku telah tahu bahawa situasi ayahmu adalah yang paling penting & akan sentiasa mempengaruhi setiap keputusan rumahtangga kita...bukan kerana orang lain tidak mahu mengambil tugas itu....tapi memandangkan kedudukanmu sebagai satu-satunya anak yang bekerja dan tinggal paling dekat dengan ibu bapamu di sini.....


jadi keputusan tinggal di mana... keputusan beli rumah di mana...keputusanku  utk posting di mana..... bahkan kedudukan bilik, katil dan paip air di dalam rumah kita juga telah mengambilkira keadaan keuzuran ayah..itu cuma sebahagian kecil keadaan yang masih ku ingati.....


dan aku menerima keadaan itu ....dengan rela dan besar hati...kerana aku tidak mahu dirimu tersepit seperti banyak cerita-cerita rumahtangga....sepanjang tempoh ini aku melihat sendiri, walau dalam apa jua segala situasi mu..... ayah tetap berada di nombor satu kepentinganmu.... 


berulang alik kangar-gurun seawal 5 pagi bukanlah satu masalah besar...
berulang alik selang sehari seawal2 pagi juga bukan masalah besar....
berulang alik gurun setiap jumaat semata2 utk menghantar ayah sembahyang jumaat juga bkn masalah besar... ( wpon ada kalanya kadang2 culas jgk nak balik sbb nak rehat2 di rumah on weekend... and telepon dgn harapan mak akan kata....'ayah hang tak larat nk p sembahyang'..... skali mak akan kata... ayah hang dah siap dah pakai baju tuuu.....ok terus kelam kelibut siap2 blk and akan sampai gurun ngam2 just on time utk p Jumaat ....:))..kenangan.....)..


namun ... setelah lebih 6 tahun ini..... kini....
berakhirlah sudah rutinmu  berulang alik as-gurun every 6.30am utk ambik ayah buat dialisis di PMC...
berakhirlah sudah rutinmu berulang alik as-gurun every rehat time utk hantaq ayah balik gurun....
berakhirlah juga rutinmu  utk hantaq ayah check up di HSB...
berakhirlah juga rutinmu ambik ubat utk ayah di HSB....
berakhirlah juga rutin kami hampir setiap jumaat... ...






di saat2 terakhir  sebelum perpisahan itu...... 
ibu mertuaku yang sangat tabah menjaga dan melayan kerenah suaminya......


rentetan kejadian di link akak ipar ku di sini


dan akhirnya.... telah pulangnya jua ke rahmatullah ayahanda mertua @ Wan Gurun
 Tn Hj Mohd Hussain b. Mohd Akhir pada tanggal 21 Jun 2012 bersamaan 1 Syaaban 1433 Hijrah......

telah tamat segala penderitaan itu... 
telah tamat jua satu perjanjian itu...
 maka akan kembalilah kita padaNya.....

tenanglah di sana wan... 
bersemadilah dengan aman...
 semoga moga roh wan bahagia di sana...
kami akan sentiasa mengingati wan... 
di dalam hati kami... 
di setiap doa-doa kami.... 

al fatihah buatmu ayahanda Tn Hj Mohd Hussain Mohd Akhir.......

3 comments:

kelate_girl79 said...

takziah k.ida & husband family..semoga arwah ayah tenang di sana dan semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman..Amin,,

h.a.k.i.m said...

tq kiah...

Perkongsian said...

Sungguh tersentuh baca catatan ini.. Takziah kimie.. semoga roh ayah kimie di tempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com