Monday, August 16, 2010

Hidup tak selalunya indah....

mama wrote:

Dah lama kan blog ni bersawang…. Dh dekat2 2 bln dah…. Lama sungguh kali ni sawangnya… bukan apa…. Benonya byk benda nak dicerita…. Byk yg nak dikongsi bersama… tp semuanya seperti serba tak kena….dah tulis sket then mama delete…berkali-kali begitu…. ntahlaa… dimana perginya jari jemari mama yg pantas menaip segala cerita satu ketika dulu….kesukaan mama yg hampir mama abaikan…….iaitu ‘menulis’…..secara tiba2 cerita2 itu terasa tidak pantas utk dikongsi bersama lagi….walhal sudah lari dr tujuan asal sbb musabab papa buat blog ni, selepas kelahiran Khaalish hampir 4 tahun yg dulu… bkn utk menunjuk pada semua orang…. Cuma sekadar utk dikongsi bersama…….atas dasar 1 hari nanti anak2 kami akan dapat membaca diari ini….apa yg berlaku ... segala kegembiraan..kedukaan .... kebahagiaan yg kita lalui selama ini…

Coretan hari ni pon mungkin bernada sedikit emo… tak mcm slalu….yg bernada ‘hehehhe’ sokmo…. see tgk intro kat atas je org dh bole agak dah…. Dan entry kali ni jgk mungkin tak bergambar…yes sgt2 boring dgn hanya coretan mama yg akan jd panjang berjela sebentar lagi bila idea mencurah2 tiba….. jadi amaran awal , memandangkan entry di blog ini adalah di auto publish di FB ….jd silalahh jgn baca wahai kawan2 kalo terasa bosan… jgn cakap I didn’t warn u….…

lately hidup kami sekeluarga mmg agak tunggang langgang….. up side down…. Kejap happy…kejap tidak…… baru nak cita pasai benda happy…dah tiba cerita yg tak happy….. mmmm sampai nak mula kat mana pon tatau….

Org kata elok mula dengan perkara yg baik2 dulu kn… so mulakan dgn benda baik yg jadi lately….. adik dah masuk 9 bulan…. Alhamdulillah……gigi baru jer 2…. Agak lambat tumbuh maybe sbb masih menyusu badan…. Papa kata kalo gigi adik tumbuh cepat kesianlaa kat mama…sbb tu agaknya gigi adik tumbuh lambat kot… tak kisah laa kan dik ….so far dah bole memanjat…. meniti..walaupon yang jatuh tergoleknya pon tak tekira rasanya… maklumlaa tk berapa nak balance lagi…. Tp semangat kental…. Nak berjalan tu tataula bila…bila dah bole bejalan nanti jenuh laa mama & papa nak kepong adik macam … mcm déjà vu……. Sbb seperti baru terasa situasi yg sama utk Khaalish dulu dan tak menyedari yg Khaalish pon dah besar…. Dah nak masuk 4 tahun dah awal thn depan…..

Khaalish so far so good… Cuma bila ada dgn Wan & Tok Kangaq jua ada sedikit ‘not good’… bukanlaa not good yg mcm mana… biasalaa cucu manja yg seorang ini apabila dgn Wan & tok nya, akan datang mood yg bisa membuatkan hati mama macam !@!!#!#!#!#........ Sgt geram bila perangai anginnya yg melampau2 itu datang… tp hanya datang bila dia dgn Wan Kangaq dia laaa…. Kekadang terasa seperti Khaalish lebih sayangkan wan & tok kangaq compare to mama & papa….. tp itulaaa nak salahkan dia tak bole jugak….. sapa juga yg tinggalkan dia dulu untuk di bela Wan… maklumlaa situasi PJJ satu ketika dulu memaksa papa & mama meninggalkan Khaalish utk dibela wan & tok kangaq…. sapa yang bgn kol 2,3 pagi bagi susu utk Khaalish….. dan jangan ada walau seekor nyamuk pon hinggap pada Khaalish masa Khaalish tido…. Wan jugalaa akan bersengkang mata mencari nyamuk itu sampai jumpa … macam tu skalilaaa rapinya kasih sayang & jagaan wan & tok kangaq pada Khaalish hingga mama & papa sekalipon tak mampu menandinginya utk Khaalish sehingga kini…..

Dari segi kesihatan anak2…. Mmmm macam biasalaa…. Nak kata ok sgt…..tak jgk… dan nak kata tak ok pon tak jgk…. Last adik kena penyakit coaxsackie…and muntah2….. batuk & selesema tu biasa2laa… klinik sudah jadi penunggu setia….. Khaalish pon sama… Cuma mama nampak Khaalish dah makin ok…kalo batuk & selesema pon dah tak payah buat neb lagik.. rasa2 dah hampir sethn laa Khaalish tak buat neb… sejak disyorkan pakai Asthalin oleh Pak Ngah masa raya puasa tahun lepas….by far mmglaa tak seteruk history dulu2 …belum sampai ler lgk ler nak berulang history masuk ward blaaa3…… dan harapan tu tak berulang laa kot…. Harap2 anak2 diberikanlaa kesihatan yang baik ketika ni…. Itu jer yg mama harapkan..

Pasai family matters lak……. Alhamdulillah…. Akhirnya…. Dua2 kunci untuk dua2 rumah dah dapat… penantian yg berakhir…. Wahh kaya kaa ada 2 umah… bkn kaya benonya.. panjang cita nya kalo nak cita pon… di pendekkan cerita…. Umah KL….mulanya nak buat homestay saja… but now… rasanya… mak uda duduk jer laa kat situ…. Wpon tatau lagik maybe plan tu jd ke tidak…tak paalaa…… memandangkan mak uda pon dah antaq katil IKEA kat situ kan.. takan nak usung balik… nak buat camna…. Wpon kita dah plan semua dah awal2… tp tak semestinya menjadi……

Umah kat Aloq Setaq plak…. Tgh dlm proses me’renovate’ … pon berkira2 lagik apa yg nak ditambah & apa yg tidak…maklumlaa bkn sedikit $$$ yg akan dikeluarkan… so kalo dah over budget…tambah jer laaa yg mana penting dulu…yg lain2 tu…later2 laa…. Kumpul2 semula duit nanti….

Pasai kerjaya….. mama so far ok jer…… wpon tetiba diberi jawatan2 besar di sekolah yang tidak diminta……. Yaa saya bukan orangnya yg gila kuasa dan bagi sesiapa yg sudah lama mengenali mama sudah pasti tahu sgt mama ni bagaimana orangnya…….kalo bole takmau pon ….bukan takmau menonjolkan kebolehan ke apa…Cuma…. Almaklum sajalaa kadangkala terbit juga rasa takut mampu atau tidak menggalas tanggungjawab yg diberikan, memandangkan berada di sekolah yang sgt2 terkenal dgn ‘imej’nyaa itu….. tp mama cubalaa juga sedaya mungkin…..

Papa pulak… mmmm… how to say it…. Papa sebenarnya berada di situasi yg sangat sukar dlm kerjayanyaa….yaa bagi kawan2 yg mengikuti FB2 kami pasti dah mengetahui serba sedikit tentang kekalutan2 yang berlaku ini…. Kekalutan yang wpon dipandang remeh oleh segelintir penjawat awam di sebuah jabatan yang namanya sahaja TERANCANG tapi malangnya…..rasanya tak perlu diteruskan lagi kot……… benda ni telah menimbulkan kekalutan yang amat sangat bg family kami…. Ya mungkin mereka memandang benda itu adalah kecil dan remeh…tapi tahu tak mereka bahawa kerana gara2 itu hidup kami sekeluarga menjadi haru biru....and do I have to mention all the problem that have been created so far……. Mama tahu bukan pangkat yg papa kejar...

Dan masa mama menulis ni… rasanya mama telah mendapat kepastian yang ditunggu2….. and suddenly…semua yg bermain di benak mama …tujuan utama masa mama mula2 nak tulis coretan kalini…. Yess benonyaa mama nak tulis….. betapa hati seorang ini sgt terkilannya melihat segala usaha kerja keras suaminya yg begitu jitu & komited terhadap kerjayanya hilang begitu saja…hanya dipandang sebelah mata gara2 keterikatan prosedur & blaaa3 yg semuanya ditentukan oleh manusia saja pon…..semuanya bkn disebabkan mengejar pangkat semata2….. tapi… rasanya tak perlulaa diceritakan semua itu lagik... mama pasti sapa2 yg mengenali papa lebih tahu & mengenali potensi diri papa…..

Cuma ada 1 kisah yg mama nak ceritakan dengan papa… papa igt lagik tak… papa pernah cerita pada mama…. Papa ni bukanlaa org yg pandai sgt pon….. tp kejayaan slalu dtg dalam hidup papa… mcm papa penah cita kalo exam pon papa bkn baca buku sgt….. tp masih scorer…. Pastu ada 1 haritu papa kata mak tanya papa ‘ hang periksa bila’….. papa tanya ‘ pasaipa mak tanya’ …then igt lagik mak jawab apa…’ ya laa…. Tiap2 kali hang nak amik periksa kan… aku akan baca Yassin untuk hang’… betul laa bila doa ibu itu adalah yg paling mustajab……

Jadi……. Mama cuma nak cakap kat papa...papa sangat bertuahhh..... kerana papa masih diperlukan di sini … untuk memberi bakti dan menggembirakan mak & ayah selagi hayat mereka ada…. Pangkat & kedudukan di mata orang itu tidaklaa terlalu bernilai jika dibandingkan dengan doa mak & ayah untuk papa …. Utk kejayaan papa selama ini…… Percayalah…. Dia lebih mengetahuiNya....


Salam Ramadhan yg belum sempat diucap buat rakan2 di sini...... moga Ramadhan ini diberikan segala keberkatan buat kita....


"Welcome home my dear………"


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com