Friday, October 31, 2008

dinner@kuala perlis

papa wrote :

tadi petang, kita gi kuala perlis..alah medan selera brasmana tu.. nasib baik kita sempat sampai sebelum sunset habis.. dapat le jugak rakam detik2 'indah' tu.. hahaha..

yang specialnya kali ni, untie wani nak belanja kita makan.. wah.. makan besar ni. bila kita sampai ja, semua dah terhidang. tunggu nak makan je.. wah.. boleh tahan jugak nafsu makan untie2 kita ni yee.. hahaha..

terima kasih bebanyak untie wani. semuanya sodap. sodap gilerrrr... kepada untie midah, selamat mengerjakan ibadat haji. dasat nih, muda2 dah gi haji. ha..mama papa bila nak gi nih??

biasalah, nak dapat view sunset, mesti semua muka gelap..hahaha..


bersama untie mazidah

dan bersama untie midah & untie wani (tokey hari ni)



inilah lauk pauknya.. wah boleh habis ke ni..


memandangkan ini je gambar kita bertiga, terpaksa lah papa letak gak, walaupun mama pejam mata.. hahaha..
.
.

Thursday, October 30, 2008

study week

papa wrote :

perasan tak?... entry2 minggu ni papa je yg nulisnye..huhuhu.. mama sebenonye ada exam isnin ni. macam la khaalish tak tahu mama tu.. kalau bab assignment ka..presentation ka.. semuanya pulun. inikan lagi exam. alamatnya... paham2 sendiri lee..

so, untuk tidak memboringkan mama, khaalish janji khaalish tak nak ganggu mama.. khaalish akan temankan mama baca buku. ok tak mama.. jgn mama pulak kacau khaalish baca buku... hahahaha...

emmm... boleh tahan jugak silibus dlm buku ni ekk..


emm..setahu aku, tak de pulak tok & wan ajar aku bende2 ni semua...

mana cerita2 pasal nyanyau ke..bird ke.. car ke.. itik ke.. takde ke?

alah..bosan le mama buku mama nih.. khaalish tensen le pulak..


mama baca sorang2 le lah.. baik khaalish main ngan papa lagi best..

.

.

Wednesday, October 29, 2008

kubur make over...

papa wrote :

memandangkan cuti deepavali ari tu tak de apa nak buat.. emm.. lagipun papa & mama still puasa 6, tok ajak gi kubur ayah tok. selalu tiap kali raya lepas solat sunat raya terus gi kubur, tapi raya tahun ni, tak sempat nak pegi. org datang ke rumah ramai sgt...

sebelum ke kubur tu, kita gi beli apa yg patut dulu. tok kata nak bagi cantik sikit kubur tu...teruk sangat.. so, kitapun gi le cari batu2 putih & batu bata.. puas jugak le mencari area guar-gurun tu. almaklum le, tak banyak pilihan.

lepas dapat semua bahan, kitapun terus ke kubur yg terletak di bedong dengan tok & wan sekali. tapi wan cuma tunggu & baca yassin atas kereta je lah. jauh pulak kubur tu ngan tempat parking. kesian wan. dan kesian jugak kat papa mengangkut batu bata dan batu2 putih kecil tu berulang kali..(terasa diriku ini dah tua..) dan selepas itu kita pun apa lagi, terus memulakan 'make over' terhadap kubur ayah tok itu.. (setelah beberapa ketika tercari2 mana satu kuburnya..huhuhu)..


mula sekali kita ratakan tanah & tanam pokok buluh (yg dibawa dari rumah)..


kemudian kita korek lubang di sekeliling kubur & susun bata membentuk pagar...


selepas itu, kita masukkan batu2 putih kecil itu & ratakan.. (tok dan serah tugas sepenuhnya pada khaalish.. tok nak baca yassin)


alamak..habis kotor tangan khaalish..


yee..dah siap.. (jangan ada org lain tercari2 pulak mana kubur tn hj ghazali..! haha..)
.
.

Tuesday, October 28, 2008

dinner@kenny rogers roasters

papa wrote :

sebelum balik ke gurun sabtu lepas, kita singgah di alor star dahulu. window shopping kat star parade & then terus ke kenny rogers roasters (sebenonye nak ke pizza hut. tapi on the way tu ternampak pulak krr. hahaha.. terus ubah fikiran.) bukannya apa, kita nak berbuka dahulu kat sini..


bergaya dulu depan pintu masuk.. menariknya kat sini, sangatlah privacy. tak de org! haha..


menu wajib. emmm...nampak sodap. tapi tunggu dulu. belum masuk waktu..


hah.. licin dah mama.. khaalish nak makan apa nih..


spageti pulak khaalish.. hahaha..


papa & mama dah kenyang bangat ni khaalish.. hahaha.. itulah, org suruh makan, dia dok main2 lak..
.
.

Friday, October 24, 2008

holiday@langkawi - the loaf

papa wrote :

dah lama papa nak rasa roti2 kat kedai roti tun mahathir.. nak gi yg KL emm.. tak penah pulak papa meronda kat pavilion tu.. so, papa cari gak le kedai roti tun kat langkawi ni.. akhirnya jumpa lah kat telaga harbour.


ini le kedainya.. ekslusif betol.. dah le mat salleh je penuh dalam tu..


kedai ni berhadapan jeti bot2 mewah.. terasa mcm kat overseas pulak.. emm sayang tak boleh possing kat sini. khaalish tido pulak.. huhuhu..





tiga biji roti ni mama beli.. semata2 ingin merasai keunikan roti yg sgt ekslusif harganya.. semuanya berjumlah..

RM14 jee.. tapi memang sedap lah.. entahlah sebab memang sedap atau sebab memikirkan harganya.. hahaha...
.
.

Thursday, October 23, 2008

holiday@langkawi - ongkosnyaa..

papa wrote :

saja papa letak kat sini kos kita kat langkawi.. senang nak buat rujukan masa depan kan.. dan beberapa pengajaran.. hahaha..




ni le hotelnya. The Lanai Langkawi. terletak bersebelahan Holiday Villa kat Pantai Tengah. harga biasa RM268. harga diskaun RM188. harga gomen federal RM168. harga gomen state kedah RM128. so kita pakai rate yg paling rendah tu lee... overall ok jee.. sunyi sikit. tak ramai dok sini kalau hari biasa. mat salleh je yg ada. tapi time cuti biasalah..penuh sokmo. ada pool dia yg besar..best.. depan pantai yg memutih. tapi pantai kat sini kureng sikit daripada pantai cenang. kureng bersih.. tapi privacy memang no.1 laa..


breakfast included. not bad.


kereta ni sewa kat jeti kuah. RM40. ingat no kete ni. jangan sesekali sewa kete ni lagi. mcm hampeh. 'kete racing pencen' ni papa sewa dari jeti kuala perlis lagi.. emmm.. satu kesilapan besar. jgn sesekali sewa dari ejen di k.kedah atau k.perlis. sampai je kat jeti kuah, carilah kete yg betol2 kete. murah2 ja.. tak payah deposit pun.. bak kata Paklong Die, kalau bilik hotel habis disewapun satu langkawi ni, kete sewa masih terlebih2 banyaknya.. hahaha..
.
lain-lain kos.. minyak kete papa letak RM20 je.. boleh le jalan 100km cam tu.. alah.. tak besar manapun pulau ni.. makan kat sini boleh tahan mahalnya. malam tu papa makan kat restoran hj ramli kat pantai cenang. kita order nasi goreng udang, nasi pataya, sotong goreng tepung dan air tembikai RM20+.. emm...
.
nak shopping gi le idaman suri (utk pompuan le terutamanya..). walaupun org kata tuan kedai ni bukan islam dan apa2 lagi.. barang kat sini banyak pilihan.. dan murah.. kat hj ismail group pun ok.. tapi limited sikit laa..
.
so, korang tunggu apa lagi. gi le melancong. datang langkawi ni tak rugi. byk tempat yg boleh gi... boleh shopping lagi. nak chalet2 murahpun banyak.. tapi kalau datang time cuti sekolah tu, nasib lee..
.
.

holiday@langkawi aka gi kenduri

mama wrote :


dan di kenduri itu......

tuan rumah baru nak makan...

eee....muka minyaknya....

pengantin...
upacara potong kek..
cantik kek nya... wpon sgt simple :)...

tima kasih buat tuan rumah... Pak Ngah Makngah and family......
view tepi umah pengantin

ini bdk kecik tak abih2 ngan bunga telurnya..

mulut penuh bahulu...( cenderahati pengantin )
e eh... gambaq dlm feri tersesat pulak.... :)


holiday@langkawi

papa wrote :

jumaat lepas papa bawa mama & khaalish gi 'bercuti' kat langkawi.. dah lama sebenarnya plan nak gi bercuti ni. memandangkan masa asyik tak dan jaaa.. (mamalaa.. susah sgt nak tinggalkan kelas dia..) emmm.. so, asyik tertangguh jelah.


finally, kita dapat gi jugak 'bercuti' walaupun untuk dua hari semalam. so, untuk mendapatkan masa yg paling optimum, mama terpaksalah jadi budak jahat hari ni, ponteng kelas sebelah petang. (inilah 1st time mama ponteng kelas. huhuhu...). dan nak feel lagi percutiaan ni, kita dok hotel lee.. walaupun rumah mak long ada kat kuah tu..

sebenarnya, kita datang ni sbb nak berkunjung ke majlis persandingan anak tok ngah ani (kawan baik wan gurun)... so, kira sambil menyelam minum air lah ni..


amboi khaalish.. naik feripun nak kena peluk nyanyau gak..emmm.. langkawi here we come!

shoot by mama...
"jom lepak2 khaalish.. kita tgk sunset.. kita main pasir.."
emmm..macam sodap je kan bende ni...

"kenape khaalish makan pasir ni...?!" huhuhu.. potong stim papa betullah.. dah tak jadi main pasir lagi...

"mama bosannya dok bilik ni.. jomle keluar jalan2.. emm.. masuk dalam almari ni pun ok gak.."

" emmm..sedapnye sarapan kat sini.. " kat mana2pun ada le cornflake tu khaalish..

"khaalish nak tau, ni le pantai cenang. jom ikut papa main ombak" emm... tak jalan gak.. khaalish memang penakut ombak. siap lari lagi ajak balik..

kita conteng pasir je lah...emmm
"jom khaalish terjun kolam dengan papa.." rugi je papa beli pelampung ni kat pantai cenang tadi.. huhuhu
seronok tau mandi kolam ni.. jom mama ajar..

"aa..aa.. best le mama.." dan selepas itu, khaalish berendam dgn suka hatinya selama lebih sejam! dan tak nak naik2.. "lain kalilah sayang.. kita dah nak kena check out ni.. "

sebelum kita check out, jom kita possing2 dulu..
ni le hotel kita khaalish.. The Lanai Langkawi..


Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com