Saturday, June 2, 2012

Untuk Kau Yang Bernama Suami.......


mama wrote:


Untuk kau yang bernama suami…

Sering hati kecil tertanya…
Apakah makna sebuah perkahwinan…
Apakah makna sebuah kasih sayang…
Apakah erti sebuah cinta yang luhur….
Apakah akan ada ujian dalam melayari bahtera kita sayang…….

Dan tanpa ku sangka….
Dugaan datang tanpa disedari….
Ujian datang tanpa diundang…
Jiwa di sentap tak ku ingin begini…

Lalu hati pun mula bertanya…
Bahagiakah…. 
Cintakah…
Kasihkah…
Sayangkah….
Atau sekadar tanggungjawabkah rasa itu….

Saat diri mencari kekhilafan....
Hati jua mula bertanya...
Bilakah terakhirnya perkataan sayang itu ku lafazkan…
Bilakah terakhirnya perkataan cinta itu ku lafazkan...
Bilakah terakhirnya ku abaikan perasaan sayang itu…
Dan bilakah terakhirnya ku abaikan perasaan cinta itu….

Lantas menyedari….
Inilah persoalan yang ku cari selama ini....
Inilah ujian yang harus ditempuhi...
Dalam mencari jawapan yang pasti....
Dalam hubungan ini..
Yang selama ini  tak pernah bergelora…..
Yang selama ini tenang bak teratai di air….

Sungguh setelah sekian lama.....
Akhirnya ku perolehi jawapannya....


Erti sebuah perkahwinan ini…
Bukan sekadar rasa cinta….
Bukan sekadar rasa kasih....
Bukan sekadar rasa sayang…
Bukan jua sekadar tanggungjawab...

Memahami  kelebihan jua kekuranganmu....
Menerima kelebihan jua kekuranganmu....
Menuntut perasaan hati nan paling dalam....
Menuntut pengorbanan hati nan paling dalam....

Dan kembali menghargai hati itu....
Dan kembali membelai perasaan itu.....
Dan kembali membajai cinta itu…
Sepertimana satu waktu dahulu...

Terima kasih Tuhan…
Kerana mengembalikan hatiku yang hampir hilang

Untuk kau yang bernama suami…
Selamat ulangtahun perkahwinan sayang….
Dari sudut hatiku yang paling dalam.....
Sungguh AKU INGIN ENGKAU TAHU…
AKU SLALU CINTA PADAMU………


"lagu tema anniversary ke 6......Happy Anniversary Dear Hubby...."

(kredit to video's owner)

1 comment:

SM79 said...

happy 6th ANNIVERSARY to en kimi & kak idaa... semoga berbahagia hendaknya... bila mau tambah nomot 3.. huhuhu

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com