Showing posts with label demam lagi. Show all posts
Showing posts with label demam lagi. Show all posts

Monday, May 11, 2009

khaalish demam..

papa wrote :

papa gi keje lambat sikit hari ni. khaalish demam lagi.. lgpun papa ada meeting kat mdy pukul 10pg. rasanya baru 2..3 minggu lepas khaalish demam. demam kali ni mesti kes demam rindu kat wan dia.. seharian semalam asyik dok nak balik rumah wan je. baru je hari sabtu hari tu balik dari rumah wan. itupun balik jam 12 malam! sbb kononnya nak tunggu khaalish tido..emm tapi tak tido2 gak (yg sebenarnya nak habiskan tgk konsert AF. hahah..)

sejak dok kat aloq staq ni, mcm ni lah khaalish.. jarang sgt dia hepi. paling koman sehari sekali dua mesti dia tanyakan wan. ajak "jom balik rumah wan" atau "nanti wan datang". emm.. dah berbagai trick papa & mama buat nak bagi dia percaya. bukan bohong tapi janji2.. dan semua janji mestilah ditunaikan.. bukannya susah.. setiap hari mesti ckp "nanti hari jumaat kita balik rumah wan"

bila sampai pagi jumaat mesti dia hepi habis.. tapi rupa2nya balik rumah wan gurun bukan rumah wan kangaq. kekeke... tapi petang jumaatnya pulak mesti balik rumah wan kangaq..itupun kalau wan kangaq tak mai dok rumah kita kan khaalish kan.. begitulah aktiviti kami sekeluarga saban minggu...

semoga demam khaalish hari ni cepat baik... kalau tak confirm wan & tok kena datang dok sini 2..3..hari. kesian wan..

Saturday, April 5, 2008

khaalish demam lagi...


papa wrote :

sehari sebelum mama gi langkawi, khaalish demam panas... so, malam tu papa n mama bawah khaalish gi jumpa doctor.. biasalah, klinik faizah. ubat pun biasa saja. esoknya mama gi langkawi...papa gi kerja. mama kursus sampai hari ni.. tengah hari nanti sampai kot.. papa pulak ada meeting kat harvard. sampai petang khamis.

bila papa balik kangar. khaalish masih demam. ditambah pulak dengan bende2 merah naik kat badan n muka. malam tu, papa n wan gi klinik faizah lagi... doc kata ruam biasa saja... bagi ubat bedak tu n ubat sapu. menyampah betul ngan doc tu, ckp nak tak nak jaa... apa raaa...

esoknya (semalam), khaalish macam tu jugak.. merah lagi byk kat badan n muka. so, malam semalam, papa n wan gi klinik dr osman pulak. disebabkan papa dah register awal...sampai je klinik, khaalish terus jumpa doc. (walaupun org punya lah ramai.. hehehe). doc kata alergic ubat ni.. so, papa suruh doc bagi ubat demam n ubat2 lain yg baru... doc bagi ubat demam + kahak + alergic + ubat bedak.. semuanya baru RM12.. baik betullah klinik ni.. bayangkan ada 4 jenis ubat baru RM12. klinik faizah 2 jenis ubat + doc yg malas ckp tu bernilai RM22!

tgk gambar2 ni... kesiankan khaalish... tp hari ni nampak ok sikit. alhamdulillah... khaalishpun dah nampak senang nak makan ubat walaupun masih ada unsur2 paksaan! hehehe...

ye..ye.. mama balik kejap lagi...
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com