Saturday, November 29, 2008

Satu Kehilangan...

mama wrote:

Tugas terakhir Razali

GENTING HIGHLANDS 28 Nov. – Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Allahyarham tiba-tiba rebah ketika bermain badminton bersama beberapa kakitangan IAB di pusat rekreasi institut tersebut.

Razali, 59, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berada di institut itu bagi menghadiri mesyuarat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan mengambil kesempatan bermain badminton di luar acara rasminya itu.

Jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan bedah siasat kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Bersama mengiringi jenazah ialah isterinya, Datin Noraini Lob Yusoff, 51, dan dua daripada lima anak Allahyarham, Asrul Shah, 27 dan Muhammad Nurazli, 30.

Tiga anaknya yang lain ialah Khairul Amar, 23, Khairul Anuar, 21, dan Khairul Ariff Razali, 15.
Turut berada di IAB membantu menguruskan jenazah ialah Men teri Pelajaran, Datuk Seri Hisham muddin Tun Hussein serta para pegawai Kementerian Pelajaran dan IAB.

Setiausaha Kerajaan Negeri Te rengganu, Datuk Mokhtar Nong turut berada di samping jenazah di IAB dan HB.

Hishammuddin dalam reaksi nya sangat sedih dengan pemergi an mengejut Allahyarham.
“Pemergian beliau kehilangan besar kepada saya, Kementerian Pelajaran serta negara,” katanya.

Selepas urusan bedah siasat di HB malam ini, jenazah Allahyar ham akan dibawa ke rumahnya di Batu Burok, Terengganu untuk di kebumikan.

Difahamkan, permainan bad minton adalah sukan kegemaran Allahyarham selain beliau juga memegang tali pinggang hitam da lam seni mempertahankan diri ju do.

Razali pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) se lama 10 hari, tiga bulan lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685).

Razali sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PT PTN).


~~~ Satu kehilangan yang besar buat Kementerian Pelajaran... ( now mama kan warga KPM ).... wpon beliau tidak prnah pon mengenali mama... tp mama dah kenal nama allahyarham sejak lama dahulu....( his son was my adik angkat dr zaman IRC lagik ) ... Salam Takziah buat keluarga beliau....esp utk Asrul......al-fatihah.... . ~~~

No comments:

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com