Thursday, May 29, 2008

Dr Mahathir Mohamad: UMNO yang bukan lagi UMNO

kenangan bersama TDM sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM..

papa wrote :

tak pernah2 papa posting pasal politik negara. cuma mama aje yg sentuh sikit pasal politik time result PRU12 hari tu... emm.. tak adil pulak papa rasa. sedangkan selalu sgt papa cakap pasal politik ni kalau lepak ngan member2. jgn tak tau, walaupun kami golongan yang tak berapa tua ni, masih setuju dgn segala idea dan tindakan TDM masa kini.

ada sorang member office tu (yg agak senior) terkejut bila dia dapat tau yg golong muda mcm papa ni mengikuti perkembangan politik ditambah lagi dengan menjadi supporter TDM! apa2pun korang selalu2 le jengok blog tun ni... aku akan kenang segala jasanya dan pengorbananya. walaupun apa tindakan negatif yg korang rasa TDM telah lakukan, aku percaya semuanya ada sebab yang paling baik dan yang mungkin kita tak faham. bukan senang nak jadi khalifah dimuka bumi ni. tambah2 pulak untuk Malaysia yang tercinta.

TUN (kalau TDM masuk blog khaalish lee..hehehe),

saya nak ikut jejak TUN tinggalkan UMNO, tapi cam ne..? saya pun belum masuk UMNO lagi.. huhuhu... apa2pun kami tetap menyokong TUN dari belakang!!


4 comments:

ZUDDINUR said...

Sesungguhnya UMNO kini sudah hilang hala tuju sehingga sanggup menerima Sdr Ezam yang pada suatu ketika dahulu menghemtam teruk UMNO. Kemasukkan Ezam dilihat sebagai bakal calon yang akan menentang anak Tun yang dianggap sebagai pengacau dalam UMNO. Apa yang menyedihkan tidak ada seorang pemimpin Pemuda yang berani menentang kemasukan Ezam dan ikut sahaja telunjuk Pak Lah dan Menantunya.

mie said...

Salam saudara,

pada pandangan saya, UMNO sekarang sudah tidak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka.

UMNO bukan lagi UMNO, UMNO sebenarnya tidak salah, yang salah pemimpin yang membawa UMNO sekarang..

mereka besikap acuh tak acuh, endah tak endah..

lihat sahaja pemasukan Ezam dalam UMNO? Ia melambangkan apa? Bukankah mereka sekarang kurang sokongan..

tengok pula pada seorang demi seorang parti gerakan masuk ikut pakatan rakyat.. huhu~

azlishukri said...

saya setuju dengan pandangan bahawa bukan UMNO yang salah tetapi pemimpin atau ahlinya yang salah. Islam tidak salah tetapi penganutnya yang sering berbuat salah sehingga mencemar nama Islam itu sendiri.

kuanderas said...

Saudara,
Berikut pandangan saya, sebagai peringatan kita bersama.

Agihan biasiswa JPA kepada bukan bumiputera meningkat
Apa sudah jadi JPA ??

1.Nampaknya kita ke arah mengorbankan lagi satu hak bangsa Melayu yang terkandung di dalam kontrak sosial. Dahulu 90 % kini tinggal 50% bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

2.Ingin ditegaskan kenapa perlu beri lagi hak kita yang tinggal tak seberapa ini? Mudahnya kita memberi manakala meminta susah pula. Nak mengharapkan Hishamuddin..jauh sekali?

3.Inilah akibat kesan kelemahan kuasa politik orang Melayu yang telah pecah 3. Sudahlah kuasa ekonomi tiada, terlepas kuasa politik maka bala menimpa.

Pada tahun 1999, sewaktu kita sedikit tergugat.. Suqiu membuat pelbagai tuntutan kepada kerajaan.

Pada tahun 2004, sewaktu kita mendapat kuasa penuh, tak pernah kita meminta hak orang lain.

Pada tahun 2008, sewaktu kita di tahap lumpuh, pelbagai tuntutan yang datang. Malah dengan nada mengugut pula.

4.Anak-anak muda Melayu hasil DEB dahulu ramai yang mencerca kerajaan kononnya pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan. Benar!!! Namun berapa banyak kerajaan yang mampu menunaikan tanggungjawab ini.

Mereka yang berjaya ini akhirnya menyokong pembangkang, kepada mereka ini.. Jangan menang sorak kampung tergadai..

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com