Saturday, October 17, 2009

Lebaran 2009............

mama wrote :


Tahun 2006......
ini gambaq 1st time berhari raya as husband & wife.. baju papa tu bj akad nikah.. baju mama lak baju konon nak buat baju nikah yg tak jadik huhu.. masa ni Khaalish masih dlm perut mama hehehe.....
Tahun 2009.......
masih di tempat yg sama...... masih maintain macam 3 thn yg dulu tak hahaha....
tp apasal masih berdua hehe...

haa... ini dia bdk kecik nya... gambaq kat atas tu biasala... dh dia tgh ngamuk takmo bergambo, papa & mama amik chance ler begambo bedua :))....

see... masih tdk dpt menutupi ketembaman diri ku... :)....
selepas 3 tahun... thn ni kami beraya 3 1/2 orang hehehe..



yes we're waiting for our 2nd baby next month......doakan semuanya selamat2 belaka utk mama & adik Khaalish.... insyaAllah... :))...


ps- utk lain2 gambaq raya sila laa lihat di link FB ni... sungguh tidak larat utk post di kedua2 entry skali dgn thp kelembapan berukband ini huhuhu..


Saturday, October 10, 2009

Edisi Khaalish di ward.............

mama wrote:

acara pembersihan thread....... huhu..... ni salah satu entry yg dok pending2 kat draft tu... dah bebulan2 dok tang draft tu tak siap2 hehe...cian Khaalish.... mama & papa bz sungguh ler nak update blog Khaalish ni... tp bz apa pon tatau ler hehehe... satgi lupa plak peristiwa2 penting dlm diari Khaalish ni .............

ini masa Khaalish masuk ward aritu... ye dlm thn ni je dah 2 kali Khaalish masuk ward.... masa ni around May & June... mmg tak sempat betul mama & papa amik insurans utk Khaalish .. ye la.....pasai pa nak tunggu sampai 2 thn..... yer sbbnya Khaalish ni kan lahir premature so kena tunggu sampai umo 2 thn baru bole apply insurans.. kalo before 2 years dh kena reject pon....

so kami dh budget bila Khaalish cukup je umo 2 thn masa January aritu mmg dh apply for insurance dia dah.... tp tu ler....takdak rezeki.... adalaa sedikit2 halangan yg melambatkan proses tu... kesimpulannya dua2 kali Khaalish masuk PMC... pon duit pa & ma jugak hehehe... sib baik ada kad plastik itu huk huk hukkk....... kad plastik lagik huhuhu...dahlaa kat PMC lak tu huhuh.... tp now insurance baru Khaalish dah siap ...hopefully lepas ni dh bole guna dah hehe....

so iniler gambo2 Khaalish kat ward ..... biasala.... masuk antibiotik...buat nebulizer... rutin le tu... Khaalish pon dh lali dah...
















and due to masuk spital dua kali berturut2 ni.... Khaalish pon dh kena pakai Evohaler yg budak asma kena pakai tu huhuhu.... & start dr dia kuaq ward ni jugakk...... kesihatan dia tak bapa baik..... ye laa... makan ubat hilang jap kahak + batuk + selesema tu... pastu seminggu dua pulak mai lagik huhu.......mcm tu keadaannya berbulan2 niii ..bygkan je ler dah 5,6 bln dah gitu..........kalo nak dikira medical bills utk Khaalish dlm sebln jer.... dok berulang p PMC & Dr Yeoh specialist kat Aloq Staq ni... mama pejam mata aja laa..... anak punya pasai... duit tu bila2 bole cari kan...


sampai tatau ler nak cari faktor apa lagik ..... maybe laa... before ni dia dok ngan Tok & Wan..dia sorang2 ja... & tau2 je laa kalo Wan dia jaga.... mmg betul2 jaga punya laa bak kata 1 nyamuk pon takleh hinggap kat Khaalish haa....... mama & papa mmg surrender la....


tp start thn ni.... dh dok ngan mama & papa.... terpaksa laa antaq p nursery so faham2 le risiko nya kannn.....risiko nak bejangkit penyakit tu mmg tinggi ler ditambah plak ngan antibodi dia yg kurang sket...( yes bdk2 prem mmg antibodi kurang ).........tp doc kata ni bagus... sbb sampai bila nak biarkan dia tak becampur ngan org lain kan... at least bila antaq nursery benda tu baik.... utk dia bina antibodi dia sendiri..... ye laa besok2 nak antaq p skolah jgk mmg kena bergaul ngan org ramai jgk huhu...


pastu nak kata faktor umah yg bedebu kaa. huhu.... jrg sgt2 laa nak bukak pintu umah tu... kalo bedebu pon seboleh mungkin mama akn vacuum & mop 2,3 hari sekali..... mkn or minum sejuk.,... pon dh lama di larang utk Khaalish... tp penyakit nak jadik kan..... genetik pon ye jugak :).... so kami berubat le, selagi ada cara yg bole cuba kami cubalaa..


tp lately ada perkembangan positif sket... start raya aritu... sbb Khaalish dok batuk lagik... Pak Ngah dia suruh pakai Asthalin yg sepupu dia punya everytime bila dia batuk2..... ye yeah its good to have paedeatric in the family..... bole dpt consultation free ngeh ngeh ngeh....so kami p ler beli kat farmasi benda alah tu.... alhamdulillah.... dh 2 minggu ni..... tak nampak ler dia batuk2 lagi dah...harap2 ni perkembangan positif laa .....



oo....dh lambat.... papa tgh tunggu turn comp ni nak berladang kat Farmville lak hehe...

till then........ good day everyone!!!............... ciowww!!!!!...........


Monday, October 5, 2009

Week 33.........

mama wrote :

I'm counting the days........
sudah melepasi angka 31........ huhuhu.......
hopefully everything would be fine this time :)...
InsyaAllah ........Aminn!!.....

Wednesday, September 16, 2009

Bila Syawal menjelang...

mama wrote :






lagi 3 hari kita akan menyambut Syawal.... cepatnya masa berlalu.... entry Ramadhan pon tak buat dah nak masuk Syawal...

tahlaa... raya thn ni... taklaa terasa beria2 sgt nak beraya.... hihi...... even baju raya pon tak p amik lagik.. tah siap ke tidak lagik kabo baju raya kami tu... kalo tak jwbnya baju raya thn lepas ler wabnya kami 3 beranak ni hehe.... tp kuih raya penuh le plak kat umah tu.... umah pon masih tak berkemas apa......

tp bila duduk kat dlm kelas ni... terasa le jgk nak raya tu bila asyik dgq lagu raya jer dr laptop2 yg lain ni.....

nak raya di mana........ mm... tahun ni tak kemana2 laa.... kami raya di Gurun aja.... then raya ke3 papa dah kena keja..... ( bole papa tak bole amik cuti lak di musim2 raya ni haa huhuhu )... so nak kemana lagik.... kat umah sewa je la kami 2 beranak sementara menunggu papa blk keja huhuhu... nasib baik laa thn ni mmg tak plan utk blk Melaka...... dgn keadaan mama yg rasanya dah tak sesuai nak travel jauh dah........umah Kangaq pon tak blk ..... sbbnya ...bukan ada sapa2 pon.. Tok & Wan pon raya kat Melaka...... ari Isnin aritu lagik dah ikut Busu Khaalish balik sana dah huhu........

aduhh..... dh byk thn mama miss sehari sebelum raya dan raya pertama di Melaka.... rindunyaa pada nak anyam ketupat nasi + kuah kacang + gulai ayam kampung + gulai ayam daging + gulai daging + sayur lodeh.......pada acara masak2 guna kayu api... pada adegan kejar2 ayam along utk sembelih buat gulai ayam..... pd bunyi kokokan ayam yg mengejutkan tido...pada leteran Along.......

kat Gurun bkn tak ada.... tp kat sini kira dah modern ler.... rumah taman.... tak samalaa ngan suasana kampung kan.... hehehe..... takpa...ada rezeki tahun2 depan pon masih ada... insyaAllah kalau dipanjangkan umur....

so thn ni takdak laa adegan singgah menyinggah beraya di rumah2 kenkawan sepanjang Lebuhraya PLUS sebelum sampai Melaka tu hehehe...

di kesempatan ini jugak...kami sekeluarga ingin mengucapkan...... Selamat Menyambut Lebaran yg bakal menjelang buat semua rakan dan kenalan yang mengenali diri... moga dengan kedatangan Syawal ini akan membawa keberkatan dan kebahagiaan buat semua....

~~ SALAM AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN, jemputlaa datang ke rumah raya nanti... ~~


dari kimi, idaa & Khaalish Hakim ............


Tuesday, August 18, 2009

Bila dapat benda baru......

papa wrote :

bila dpt benda baru... mcm ni lah jadinya..







tido pun dlm kolam.. huhu...

Info kesihatan...

mama wrote:

~~~~~~Virus cacar air mudah merebak~~


Sindrom varicella kongenital ancam nyawa ibu, janin pada awal kehamilan.
Jika ada ahli keluarga atau jiran diserang cacar air pada saat anda sedang hamil, lebih baik jika anda mengambil langkah proaktif iaitu menjauhkan diri daripada mereka buat seketika. Lebih wajar jika ibu hamil diasingkan hingga jangkitan disahkan bebas sepenuhnya.


Walaupun demam yang disebabkan virus Varicella Zoster ini lebih tinggi kadar jangkitan di kalangan kanak-kanak, wanita mengandung perlu lebih berwaspada kerana selain berbahaya kepada orang dewasa, bayi mereka turut mempunyai risiko lahir tidak normal apabila terdedah kepada penyakit ini.

Pakar perbidanan dan sakit puan sebuah pusat perubatan, Dr Jameaton Abdullah berkata, berbanding kanak-kanak yang mudah sembuh, jangkitan pada usia dewasa amat berbahaya dan boleh membawa komplikasi buruk seperti meningitis (radang selaput otak) serta ensefalitis (radang otak).

Katanya, bagi ibu hamil, jangkitan cacar air bukan saja mengancam nyawa mereka malah bayi dikandung juga mempunyai dua peratus risiko mengalami kecacatan yang disebut sebagai sindrom varicella kongenital.

“Kadar jangkitan lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun. Keadaan antibodi membolehkan mereka cepat sembuh dan parut mudah hilang. Namun disebabkan ia mudah berpindah menerusi air liur, hingus atau terkena cecair me lepuh daripada penghidap, sesiapa saja berpotensi dijangkiti.

“Dalam kes wanita mengandung, sindrom varicella kongenital menjadi ancaman kepada janin terutama pada peringkat awal kehamilan iaitu kurang 20 minggu. Keadaan si ibu pula, jika tidak dipantau atau mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin boleh terdedah kepada pneumonia.

“Antara risiko kepada bayi adalah kecacatan mata, inflamasi dalam lapisan mata, kecacatan sistem saraf, otak terbantut, bukaan pundi kencing atau pembuangan air besar tidak berfungsi serta kaki atau tangan bayi tidak berkembang pada tahap sepatutnya,” katanya.

Jameaton berkata, sindrom itu boleh dikesan menjangkiti bayi di dalam perut menerusi ujian ultrasound yang akan menunjukkan kandungan berlebihan cecair amnion, ketidaknormalan hati serta pembengkakan tisu bayi. Ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran virus. Disebabkan risiko cacar air begitu besar, setiap individu disarankan me ngambil vaksin bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan sama ada sejak kanak-kanak mahu dewasa, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bagi wanita, mereka tidak boleh hamil hingga empat bulan selepas suntikan pertama.
“Terdapat vaksin yang boleh melindungi individu daripada jangkitan cacar air yang sudah bertahun-tahun diperkenalkan di negara maju. Walaupun di sini individu tidak diwajibkan mengambil suntikan berkenaan, sebagai langkah terbaik ia wajar dimasukkan dalam jadual imunisasi anak.

“Jika ketika kecil individu berkenaan tidak mendapat vaksin berkenaan, mereka masih belum terlambat mengambilnya sekarang. Kebiasaannya dua suntikan dilakukan dalam tempoh enam minggu untuk golongan dewasa. Langkah pencegahan wajar diambil untuk kesejahteraan diri dan keluarga,” katanya.

Kebiasaannya cacar air berlaku sekali seumur hidup individu disebabkan tubuh pesakit membina sistem imun terhadap virus Varicella sekali gus menyebabkan 90 hingga 95 peratus pesakit tidak akan mendapat serangan ulangan. Begitupun, virus itu boleh datang kembali dan menjadi aktif dalam bentuk kayap (zoster) yang menyakitkan.

Risiko cacar air kepada si kecil
Sebelum lahir (dalam kandungan)

– Kecacatan mata, inflamasi dalam lapisan mata, kecacatan sistem saraf, otak terbantut, bukaan pundi kencing atau pembuangan air besar tidak berfungsi serta kaki atau tangan bayi tidak berkembang sepatutnya.

Kurang setahun – Jika bayi kurang sebulan, risiko kematian sangat tinggi.
Satu hingga 12 tahun – Simptom tidak serius kerana pada tahap ini tubuh memberi tindak balas cepat.

Antara 13 hingga 49 tahun – Walaupun sistem imun tubuh semakin meningkat, ia memberi reaksi negatif kepada virus Varicella hingga membawa gejala lebih teruk.

Melebihi 50 tahun – Semakin tua individu, bertambah serius gejala yang perlu dihadapi termasuk komplikasi lain seperti meningitis, ensefalitis dan pneumonitis (radang paru-paru).

FAKTA
Ciri-ciri cacar air
Mudah merebak
Walaupun lepuh sudah sembuh, virus masih kekal pada badan pesakit dan boleh menyerang semula selepas beberapa tahun dipanggil kayap.

Vaksin cacar air boleh diambil pada bila-bila masa, tidak kira berapa umur anda dan kesannya tahan lama. Kajian menunjukkan ia mampu memberi perlindungan hingga 20 tahun!

Vaksin boleh diberikan selepas kita terdedah kepada pesakit cacar air. Mengambil vaksin dalam tempoh tiga hingga lima hari selepas terdedah kepada pesakit boleh meminimumkan kesan cacar air.

Kegatalan akan membentuk kuping. Penyakit masih boleh berjangkit selagi ada kuping yang belum tertanggal.

Tanda serangan
Demam, selesema, hidung berair dalam tempoh dua tiga hari.
Timbul lepuh kecil (vesikel)

Bintik berair itu akan merebak ke seluruh badan.
Seluruh tubuh boleh ditumbuhi bintik termasuk kulit kepada, tapak kaki, lidah dan kemaluan.
Gatal-gatal.
Kebiasaannya mengambil masa 10 hingga 20 hari untuk sembuh.
Cara jangkitan
Percikan air liur.
Hingus.
Terkena cecair vesikel.
Tersentuh barang penghidap.
Saranan doktor
Asingkan pesakit dengan ahli keluarga lain.
Cuci barang peribadi pesakit berasingan.
Elakkan menggaru bahagian berair bimbang bintik terus merebak.
Ambil ubat seperti yang disarankan.
Jaga kebersihan diri.
Dapatkan suntikan vaksin yang memberi perlindungan hingga bertahun-tahun.
Untuk meminimumkan kegatalan, sapukan losyen Calamine pada ruam atau mandikan dengan air suam yang dicampur segenggam soda bikarbonat.
Banyak berehat dan minum banyak air kosong.

Sumber:Berita Harian

Saturday, August 8, 2009

opis 'baru' papa....

papa wrote :

ni le opis baru papa bermula 15 Julai 2009.... walaupun takde bilik, papa suka sangat tempat ni. dah le dok kat ceruk (so, takde org peduli le apa papa buat.. hahaha..) tepi tingkap pulak tu.. ada dedicated aircond.. pemandangan yg sgt cun. hahaha.. semoga papa hidup aman damai kat tempat baru ni...

images taken by Sony Ericsson XPERIA

Monday, July 27, 2009

Congratulation mama!!

papa wrote :

papa & khaalish nak ucapkan tahniah kat mama sebab lulus dalam sesi temuduga bulan jun lepas... dgn kata lain mama skrg sudah diperakukan sebagai lantikan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

tahniahhhh.....!! alhamdulillah.. bertambahlah pendapatan kita yee.. hehehe...

Monday, July 13, 2009

Edisi 14.07.2009

mama wrote:

bilik opis sapo laa ni yek... meh kita terjah tgk hehe...



the king of Saman Trafik hehe....




sapa punya tempat ni....


close up sket.... huhu... kenangan masa 1st time tgk wayang pon ada laa hehe...


gambaq yg dah bethn tak tukaq...

sampai ada org tanya anak tak besar2 ke hehe..


gambaq dgn idolanya....


dan ini budak kicik..... bakal pengganti ke heheh....


gelak pulak dia...


kalo p skolah dia cakap...nama Khaalish 'Hakim Hakimi'......


iyer...apa pasai letak gambaq2 ni semua.... sbbnya besok... or 14th of July adalah hari terakhir papa kat ofis ni.... lama tak lama... mama rasa papa kat sini sama umur dgn Khaalish laa... sbb mama igt masa papa dok ulang alik tgk mama masa dlm pantang kat KL dulu papa baru pindah kat JPBD state... maknanya dah 2 thn setengah le jgk kan...




and say babai laa papa yek pada jawatan yg glamer ini hehehe...


oo lupa lak... ada gambaq surprise party yg dibuat oleh ofismate2 papa aritu yg dh diupload kat facebook...... oo tp tidak akan ku masukkan ke sini kerana gambaq ku yg kelihatan sgt berisi sekali itu huhuhu.... anyway tq to ofismate2 papa esp kak na... moon..... etc.... yg susah2 lak meng'surprise'kan kami... haha..mmg surprise sungguh ler sungguh tak aci mama pakai baju blk dr skolah ja kalo tau kan bole pakai lawa2 heheh.....and 1st time jugak Khaalish p 'bilik menyanyi' sampai takmo2 balik ler budak kecik itu sabo aje laa heheh....

see... Khaalish sgt happy dlm 'bilik menyanyi' ni hahah....


Selamat bertugas di tempat baru pa..... huhu..actually tempat lama jgk..... pindah pon dr roundabout sini ke roundabout yg sana je huhu.... p mai p mai tang tu le jgk yer.....

Tuesday, July 7, 2009

A belated celebration....

mama wrote:


memandangkan mama dh tau jadual papa yg masa besday papa tu ( 24th of June ) papa takkan ada ngan kami sbb p Langkawi.. so terpaksalaa tertunggak2 punya celebration jer laa huhuh...

tp tu la... kita hanya merancang...Tuhan jua yg menentukan... sepatutnya ari tu papa kat Langkawi dan hanya akan blk beberapa ari lepas tu...... tp tak disangka2 jugak..... malam tu jgk papa blk sini..... atas sebab2 yg sgtlaa urgent.... yes when it's comes to family.... no kompromi...

be4 papa p Langkawi lagik.... mcm dh berat hati ..... sbb ....mcm biasa laa... lepas dialisis aritu Wan Gurun jadi balik penyakit lama dah..... ada ketika bila dia jadi mcm tu... dia jadi lembik..tak ingat apa... dan lebih merisaukan adalah hanya ada mereka berdua jer kat Gurun tu..... risau kalo jadi apa2.... masa tu mama ada kat UUM.... nasib jugak Khaalish kami swastakan dah kat Wan & Tok Kangaq sbb dua2 kena outstation minggu tu....

abih je kat UUM mama igt nak blk terus je ke Gurun.. so takpa besok2 pg tu mama p skolah dr Gurun ja.....sbbnya biasa kalo ayah jd mcm tu mak tak laa risau sgt.. tp lain mcm je dgq mak Gurun ckp kat tepon...so mama kata kat papa takpala... mama tak jd blk Kgq... mama terus blk Gurun dr UUM..... wpon masa tu mama risau le jgk kat Khaalish sbb Tok Kgq kata Khaalish dh mula batuk2 & selesema balik...

suddenly papa call suruh tunggu dia kat jeti Kuala Kedah nanti blk Gurun sama2.... :).... wink2... sempat le jumpa papa jgk on his besday .... tp mama tau... deep down mesti ler papa ada skett rasa frust jugak sbb dah giler2 handle event beso tu skali dia plak takdak kan...

so far Wan Gurun dah ok laa jgk..... mmm..ok cara dia laaaa tatau laa nak cakap camna... ntahlaa... kami dah cuba ajak mak ayah tinggal kat aloq staq ni, senang kalo jadi apa2 kalo papa outstation pon mama ada...BangDin pon ada.... tp biasalaa org tua... kan lebih senang dok umah sendiri.....

sbb tu le...almost every weekend pon jrg kami ada kat umah... kalo tak blk Gurun...blk Kgq.... tu dh jd rutin ler sejak dok umah sendiri ni....dgn Khaalish pon yg takbapa nak elok jgk kesihatan dia lately nii....... dgn keadaan mama lagik ....

inikan pulak nak ajak kawan2 mai makan pon takdak masa lagik hehehe... yg benaq nya malas nak buat acara masak2 sama kekeke tak bapa larat laa ni hehe......tunggulaa bila2 insyaAllah ....... dah setel ok sket keadaan bole laa kott :)..... tp kalo ada sapa yg p Giant Aloq Staq and nak singgah umah tu mai ajaa laaa..... di alu2kan hehe...

so bebalik pd tajuk entry ni...wahh dah menyimpang jauh bangett laa......ye la mama dah lama tak tulih panjang2 mcm ni kan sejak2 mama posting awai thn ni kan.... sementara idea dtg ni tulih aja laa hehe....

ini ler event sempena besday papa...


1st Event:
1st celebration adalah pada esok harinya makan Mee Goreng Mamak dekat Pumpong..... bole gitu hahaha....maklumlaa kami sempoi aja dh tak sempat nak candle light dinner menda2 ni yg ni pon ok le tu makanan feberet hehe

tp namanya celebrate besday papa.. tp papa jgk yg byq camno tu hahaha...



see besday guy tgh enjoy Mee Goreng mamak dia...
2nd event :

actually mama plan mcm2 dlm paler hotak ni sbb dok budget papa kat Langkawi... tp last2 semua tak jadi.... konon nak belikan kek nak wat surprise suruh akak iparku antaq kat Awana nuuu... skali dia cita staf2 dia dah buat surprise besday party kat plak masa kat sana hehehe.. so cancel..

lastnya.... me suruh Kak Wie cari gift ler nanti be4 papa naik feri kasik kat dia.... tp bole apa papa cakap bila sampai sini.... 'tuu ada barang Kak Wie bg kat awak....' ...aiyaa very spoil the mood la papa ni hahah.. bole dia 'mis interprate' lak Kak Wie cakap apa huhu.. ilang sungguh surprise nyaa huhuhu...

tgh bukak gift yg dh tak surprise dah huhu..


Life is like......
a box of chocolate..........
(kata2 sapo la tu yek hehe .. )

3rd event :
yes finally dah bole beli kek... sbb mama tau ini budak kecik sgt sukaa tiup api kek heheh.. semua besday org mcm besday dia ajaa hehehe....



ready Khaalish...

Hepi Besday papa!!!.....

Khaalish & mama sayang papa sokmo... :).....
sekian...
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com